Jika di Malaysia ada Bazar Ramadan, di Kota Pontianak kini wujud Kampong Ramadan.<br /><br />Pada hari pertama Ramadan semalam, ‘Kampong Ramadan kreatif’ yang berlangsung di Jalan Let-Kol Sugiono dirasmikan wali Kota Pontianak, Edi Rusdi Kamtono.<br /><br />Kampong Ramadan ini berlangsung hingga 16 April depan, dengan menghimpunkan pelbagai juadah berbuka puasa, kuih tradisional serta kraftangan khas Ramadan selain persembahan keagamaan.
